Friday 19 August 2011

jumaat..akhir minggu ke3 puasa..week ke33

salam ramadhan...
harap2 penuh dengan keberkatan ...insyaallah..
alhamdulillah,ponteng puasa hanya 6hari je,xbanyak nak kena ganti...biasa la perempuan mane boleh puasa penuh..insyaallah akan diganti seawal mungkin..

tahun 2011 ni xda mood la nak beraya,xda feel nak beraya...dengar lg raya pon,cm biasa je.urmmm..knp dengan aq ni..tp puasa tetap puasa jg,mgkin dah dekat2 t kot bru semangat nak beraya...
nak buat biskut raya pon malas..hahahha..tp 1 jenis dah jd dah..tp x nak share dlu gamboo nyer..tgu yg len2 dlu..sok sabtu ahad akan buat 4 jenis lg..insyaallah lau penuh tekad n penuh semangat,jadi la 4 jenis...my lover plss jgn da plan pape emergency ye...love u so much..

cite sal my lover...ri ni nak buka dengan die...yehaaaaaa...smlm die ajak buka same,tp sy xboleh,smlm kena masak kat umah..ri ni dah g tau mak,nak g makan mcd..nak gcb or double gcb...yew,.,.mmg sy kuat makan..so jgn jeles ye..wahhhh..terliur2 dah ni...my lover ckp,xkisah pon,kan abg yg blanja..bkn slalu pon kan..padahal sy tau die x sk makanan cm 2..fast food n wastern..die sk makanan biasa..xpe..t singah la bazar memane kita bli nasi ambang ok...syg sk 2 kan..dont worry,sy memahami kamu syg.gheeeeeee..

cuti raya..
wahhhh...cuti raya lame siot..rase boring pulak cuti lelame ni..urmmm...nak wat pe erk raya t..cuti start 29hb hingga 4 sept..tepu la duk umah..tp lau my lover ajak beraya ok la,tp die cuti 3hari jew...nak beraya mane..duk umah je la,melayan budak2 beraya la....sonok jg,teringat dulu2 beraya..hehehheheh..dlu beraya,xkisah pon dpt duit raya ke x...skrg,siap mintak..hehhehehe...dlu n skrg pon lain kan......

sblm cuti ni dah boring,brg product x jalan,ye la nak cuti kan..so slow la cikit..urmmm..duk makan gaji buta je ni...kat office majoriti smua dah kawin,da 2 3 org x kawin..masing2 sbuk dengan anak nyer bj raya la,dengan kuih raya,kerepek..mcm2...seronok je..yew la,org da keluarga ni len,len dengan kita yg duduk dengan keluarga ni..pape pon just nice la,masih mempunyai keluarga yg besar jg...

n skrg x tau nak taip pape g,time bayak idea banyak lak kije nyer..sampai x sempat nak update blog..busan........busan... n xsabo nak tgu mase balik..sal sok cuti..

sok nak melayan kerenah:tat nanas,gajus,badan n 1 g x plan g...shell chease tart kot..nak buat bbyk..sonok...

Thursday 18 August 2011

pesanan khas buat bakal suamiku....

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang dperempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”


  • love u always dunia akhirat.....mohd haikal bin bachok

Saturday 13 August 2011

kebahgiaan


Apakah itu KEBAHAGIAAN ?
Bagi orang miskin wang itulah kebahagiaan...
Bagi orang sakit kesihatan itulah kebahagiaan
Bagi pemuda single pasangan hidup itulah kebahagiaan
Bagi mahasiswa gelar sarjana itulah kebahagiaan
Bagi penganggur pekerjaan itulah kebahagiaan
Bagi yang kebanyakan pekerjaan hiburan itulah kebahagiaan
Bagi orang tua anak berbakti itulah kebahagiaan
Bagi orang lumpuh berjalan itulah kebahagiaan
Bagi orang butamelihat itulah kebahagiaan
Bagi pemabokalkohol itulah kebahagiaan
Bagi datin-datin kaya shopping itulah kebahagiaan
Bagi politik jabatan dan kuasa itulah kebahagiaan
Bagi selibriti popular itulah kebahagiaan
Semua orang punya definisi kebahagiaan namun sedikit sekali yang mengatakan Hidup dalam kasih Allah dan Rasa syukur itulah kebahagiaan!Kebahagiaan-kebahagiaan di atas sebenarnya bukanlah kebahagiaan,lebih tepat adalah kesenangan, kepuasan dan kegembiraan yang singkat dan sementara. Dan itu belum tentu didapatkan. Kebahagiaan sejati hanya ada dalam KASIH Allah dan RASA SYUKURatas apapun NIKMAT yang didapat dari Allah...Hanya KASIH Allah dan RASA SYUKUR yang mendatangkan sukacita, kedamaian dan keceriaan.Hanya KASIH Allah dan Rasa SYUKUR yang mendatangkan kebahagiaan sejati dalam hidupHanya BERSYUKURlah dalam KASIH Allah yang membuat segalanya jadi INDAH