Friday 16 August 2013

Teringat saat melahirkan Anis Hanania

salam jumaat 16..8.2.13(raya ke 9)
tetibe lak ppg ni teringat saat waktu melahirkan....
aq melahirkan Hanania melalui ceaseran,sebab takut baby lemas...aq ni jenis yg air ketuban keluar dulu kot..so,air ketuban dah seminggu keluar,banyak ssgt 2 yang kena duk kat wad HSA. pg Hsi cm xda pe pon yg dibuat....2 yg pg HSA ,ramai pakar.

Mase kat wad bersalin...
mcm2 dugaan yg kena sabo,mcm2 ragam org..kat 1 aq boleh skali je solat,mase 2 pon hari 1st aq dtg..dugaan betul...kat c2 hari2 org keluar masuk..waduh..(maklum la xpernah duk hospital),1st time la 2...dengan sedey nyer,suami hari2 dtg melawat,risaukan kita ni..dengan makanan x boleh makan,dengan nak mandi susah,dengan nak tdo susah (nyamuk n org lumba motor keta)sabo je la...

 genap seminggu kat hospital
jatuh hari jumaat..malam slm nyer mmg x boleh tdo dah,setiap 5 minit sakit perut memulas2..teguling2,sampai xpk kan org kat sbelah dah..sbb smlm nyer masukkan ubat bukak jalan...subuh 2 dpt la tdo skejap,terjg sbb perut sakit lg,tgk cuaca cantik ssgt,siap cerita kat org sebelah katil lg.tup2 lepas mandi doc pakar tgk fail kat katil,pas2 die suh masuk bilik cheak 2(tempat cheak jalan 2)xtau la nama bilik 2 ape.xsempat lg makan(suh suami dtg bawak roti,sbb xleh makan benda len dah).masuk bilik 2,wat cheak trus die suh masuk labour room suh siap2kan bj baby n len2 lg la,perghhhhhhhh....time 2 dup dap dup dap.....cm nak gugur jantung duk kat kusi roda.

masuk dalam labour room tepat jam 11 pg.
1x masuk ubat n 2x induce...mase 2 tuhan je la yang tahu,...pulak 2 mase nak melahirkan 2 jatuh hari jumaat,aq dah pasrah n redha dah kalau meninggal pon hari jumaat,sbb aq slalu berdoa kalau saat aq nak ditarik nyawa,biarlah hari jumaat..sbb  setiap kali jumaat aq akan teringat akan kematian...insyaallah..


2 yang hari ni cari kat tenet pasal c-zer ni..dapt la ni,jom share ilmu...

Pembedahan Caesarean Mengapa Perlu ?Pembedahan Cesarean untuk melahirkan anak dengan cara pembedahan biasanya dilakukan secara cemas (emergency) atau secara diatur (elective). Di antara sebab-sebab ia dilakukan ialah :

1. Bayi lemas (fetal distress), ditandai denyutan jantung bayi sangat perlahan kerana tidak cukup oksigen           dibekalkan dalam rahim sewaktu proses beralin.

2. Perdarahan kerana uri diberada depan bayi dan menyekat pintu rahim(Placenta previa).

3 . Rongga punggung ibu sempit, tidak muat kepala bayi.


4.Kedudukkan bayi songsang atau melintang.


5 . Sakit bersalin terlalu lama, mungkin lebih 24 jam, ibu keletihan.


6 . Bayi terlalu besar.


7.Masalah-masalah seperti mandul; berulang-kali keguguran anak; mengandung anak sulung dan ibu berumur    lebih 35 tahun ke atas (elderly primidgravida) dan lain-lain..



* aq c-zer disebabkan yang pertama..(yg aq tanda pink colour 2) 2 yg doc tulis kat buku aq la.

dalam kepala timbul la,bila yg aq boleh mengandung lg tuk anak ke2??????
(tangan n mata ligat mencari di tenet)

Jarak kehamilan selepas cesarean

Persoalannya: berapa lamakah sepatutnya seseorang wanita yang telah menjalani pembedahan cesarean boleh hamil lagi ?

Pada kebiasaannya kita cadangkan antara satu hingga dua tahun.Apakah kemungkinan jika seseorang wanita mengandng lebih awal dari itu ?misalnya enam bulan selepas pembedahan ataupun sejurus selepas pantang ia terus mengandung.

Sebenarnya luka pembedahan akan pulih dalam masa dua minggu, tetapi ia menjadi kuat dalam masa satu hingga dua bulan.

Apabila sampai ke tiga bulan atau lebih parut akan menjadi lebih kuat dan tidak ada bezanya mungkin kekuatan parut cesarean selepas tiga bulan ataupun selepas setahun.Oleh itu jika seseorang itu dengan tidak sengaja hamil, ini bukan satu sebab ia patut menggugurkan kandungannya.Sebaiknya ia diteruskan, lagi pun tidak kesemua kes pembedahan mesti diulang,ia bergantung pada apa punca pembedahan yang pertama, misalnya kalau rongga tulangnya sempit maka ia perlu diulang.


nak tau lg pasal c-zer ni baca la di http://ratuhati.com/forum/index.php?topic=772.30;wap2
saLh 1 gmbo anis a.k.a nia..dengan pakcik




No comments:

Post a Comment